Daerah Papar terletak di kawasan barat Negeri Sabah dan bersempadan dengan Daerah Putatan dan Penampang di bahagian timur laut, Daerah Tambunan di sebelah timur, Daerah Keningau di tenggara, Daerah Tenom di selatan, serta Daerah Membakut di sebelah barat daya. Terletak kira-kira 38 kilometer ke selatan dari Bandar Raya Kota Kinabalu, daerah ini meliputi keluasan tanah seluas 611 kilometer persegi.
Kedudukan strategik Papar yang terletak di pertengahan laluan antara Putatan dan Kota Kinabalu di utara serta Membakut dan Beaufort di selatan menjadikannya salah satu destinasi persinggahan utama di Sabah. Akses perhubungan ke daerah ini disokong oleh jaringan jalan raya utama, termasuk Lebuhraya Pan Borneo, serta perkhidmatan kereta api yang menghubungkan daerah-daerah sekitarnya.
Tarikh Akhir Kemas Kini : 15/08/2024 | 11:38 AM
Jumlah Pelawat : 12314 Orang