PEGAWAI DAERAH PAPAR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya Portal Rasmi Pejabat Daerah Papar telah berjaya dibangunkan. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pembangunan Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Papar kerana berjaya membangunkan Laman Web beserta perkhidmatan dalam talian yang diperlukan. Kini seluruh Warga Papar akan lebih mudah dan selesa jika ingin mendapatkan maklumat atau perkhidmatan yang diperlukan.

Pengurusan Pejabat Daerah Papar sentiasa terbuka dan mendengar pendapat serta cadangan yang boleh menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian. Sebarang cadangan; komen serta penghargaan atau pendapat boleh dikemukakan melalui aplikasi maklumbalas yang disediakan.

Akhir kata, adalah menjadi harapan saya agar portal rasmi Pejabat Daerah Papar ini benar-benar dapat membantu dan memberikan informasi yang cepat, tepat dan telus kepada semua.

Sekian.

HADZLAN BIN HAJI JABLEE
PEGAWAI DAERAH PAPAR
01.05.2022