Piagam Pelanggan
“Staf Pejabat Daerah Papar sentiasa komited untuk memberi perkhidmatan terbaik, berkualiti serta memastikan urusan anda diutamakan”
1) Menjawab panggilan telefon tidak lewat dalam masa tiga deringan.
2) Melayan tetamu secara saksama dengan konsep pejabat terbuka, mesra, sopan dan menghargai masa.
3) Menilai surat-surat yang diterima; cadangan pelanggan dalam tempoh satu hari bekerja dan menghargainya.
4) Menerima dan mendaftar dokumen-dokumen perjanjian, surat akuan dan surat kuasa dalam tempoh 10 minit pada hari bekerja.
5) Memproses semua Pembayaran Am dan disiapkan dalam temph satu minggu hari bekerja dari tarikh tuntutan diterima.
6) Membuat penyesuaian akaun perbelanjaan, deposit dan amanah dalam temph 7 hari bekerja selepas menerima penyata.
7) Menjawab surat-surat teguran Audit dalam tempoh 7 hari bekerja selepas menerima penyata.
8) Memproses permohonan lesen perniagaan yang baru dan pembaharuan yang telah dilulusukan dalam tempoh 3 hari bekerja.
9) Membekal salinan dokumen lessen-lesen yang diminta oleh pelanggan dalam tempoh 3 hari waktu bekerja.
10) Mengeluarkan Pesanan Pembelian Tempatan/ Perintah Kerja Am kepada kontraktor yang Berjaya dalam tempoh 7 hari bekerja selepas mesyuarat sebut harga/tawaran.
11) Menyediakan laporan dan dokumen penyiapan kecil luar bandar dalam temph 7 hari waktu bekerja dari tarikh projek siap.
12) Menyediakan baucar bayaran dalam masa 3 hari tarikh penyiapan projek dengan syarat dokumen teratur dan dipatuhi.
13) Menyediakan papan tanda tunuk arah serta jenis perkhidmatan yang disediakan kepada pelanggan.